Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
Bimbingan berfokus SPM 2020 dari Pegawai SISC+ dan SIP+ PPD Kota Kinabalu di SMK Pulau Gaya.29/1/2021 25/01/2021, Isnin. Jalinan kerjasama yang erat, harmoni dan profesional antara SMK Pulau Gaya dan PPD Kota Kinabalu sepeti hubungan kekeluargaan antara adik dan abang yang saling berganding bahu tolong menolong. Ini di buktikan lagi dengan kunjungan dari pegawai SISC+ dan SIP+ PPD Kota Kinabalu ke SMK Pulau Gaya pada 25/01/2021 untuk bimbingan berfokus yang mensasarkan persediaan akhir guru-guru mata pelajaran dan pelajar-pelajar SPM 2020 SMK Pulau Gaya. Iltizam dan kerja keras guru-guru mata pelajaran dalam membantu dan melengkapkan persediaan akhir pelajar sebelum peperiksaan SPM tahun 2020 yang akan bermula pada 22/02/2021 mendapat pujian dari pegawai tersebut. Diharap baki masa yang singkat ini digunakan sepenuhnya oleh guru-guru dan pelajar berdasarkan rancangan yang telah disusun untuk memantapkan lagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan SPM. Selamat berjaya diucapkan calon-calon SPM 2020.
0 Comments
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, pihak sekolah telah memantau sesi pembelajaran pelajar-pelajar SMK Pulau Gaya. Di dapati ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menghadiri pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) secara maya (online). Ini disebabkan kekangan peralatan telifon mudah alih dan liputan capaian internet yang tidak stabil di sebahagian besar Pulau Gaya. Oleh yang demikian, pihak sekolah SMK Pulau Gaya telah mengambil inisiatif dengan menghantar sendiri Modul Pembelajaran kepada pelajar, wakil pelajar, wakil PIBG dan ketua kampung untuk penyerahan. Penyerahan ini ada diadakan di kawasan sekolah dan juga pihak sekolah menghantar sendiri ke kampung-kampung sekitar pulau gaya dengan menggunakan bot sekolah. Penghantaran modul ini membantu pelajar-pelajar untuk terus mengikuti PdPR supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran semasa negara masih diancam dengan pendemik COVID-19.
22/01/2021, Jumaat. SMK Pualau Gaya talah melaksanakan Dialog Prestasi Bersama PPD Kota Kinabalu kali ke 3 untuk calon SPM tahun 2020. Dialog ini dilaksanakna mengunakan medium Google Meet pada tarikh 22/01/2021, hari Jumaat, jam 1.30 petang. Dialog ini menunjukkan komitmen pihak sekolah terutamanya guru-guru mata pelajaran yang mengajar di tingktan 5 tahun 2020 untuk meningkatkan prestasi calon SPM 2020. Dialog Prestasi ini di pengerusikan oleh Puan pengetua dan dihadiri oleh semua guru-guru SMK Pulau Gaya dan beberapa orang pegawai dari PPD, SISC+, SIP+ serta Puan Pegawai PPD Kota Kinabalu.
Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah untuk Semua Pelajar SMK Pulau Gaya, Kohot Tahun 2021.24/1/2021 Pembukaan sekolah disekolah diseluruh negara dan SMK Pulau Gaya bermula pada 20/01/2021. Walau demikian hanya pelajar tingkatan 5 tahun 2020 sahaja yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) disekolah. Bagi pelajar SMK Pulau Gaya, Kohot Tahun 2021 pula akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) masing-masing. Perlaksaan PdPR ini berkuatkuasa sehingga terdapat arahan terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) PdP untuk pelajar-pelajar di laksanakan secara bersemuka di sekolah.
Pembukaan sekolah pada 20/01/2021, Rabu di SMK Pulau Gaya pada sesi tahun 2021 hanya melibatkan kelas peperiksaan tingktan 5 tahun 2020 telah berjalan lancar. Pihak sekolah telah bersedia lebih awal dengan penyediaan kemudahan. Guru bertugas telah bersedia lebih awal di pintu masuk sekolah untuk memantau pergerakan pelajar ke sekolah dengan mengikuti SOP semasa PKP2. Kelihatan juga wakil pihat luar dalam pemantau ini iaitu pihak polis dari Balai Polis Pulau Gaya bersama sama pihak sekolah memantau pergerakan pelajar dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pergerakan balik pelajar pada sebelah petang juga masih mengamalkan SOP semasa dan di pantau oleh guru-guru yang bertugas. Pada masa sama, rombongan pihak PPD Kota Kinabalu juga bersama-sama pihak pendtadbiran SMK Pulau Gaya memantau perlaksanaan pematuhan pergerakan pelajar semasa pergerakan pelajar balik dari sekolah.
Pematuhan SOP semasa PKP2 menjadi rutin harian pelajar dan juga warga SMK Pulau Gaya bagi mengelak sebarangkemungkinan yang tidak di ingini. Semoga semua warga SMK Pula Gaya dapat mengamalkan dan mematuhi SOP semasa pergi dan balik ke sekolah dan juga yang paling penting semasa berada di kawasan sekolah. 19/1/2020, selasa. Mesyuarat guru dan Mesyuarat Kurikulum kali pertama tahun 2021 telah diadakan secara maya dengan menggunakan medium Google Meet. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh puan pengetua, Puan Kinit dan dihadiri oleh semua guru-guru SMK Pulau Gaya iaitu seramai 51 orang semuanya. Pengetua mengingatkan kepada semua guru agar bersedia untuk memulakan PdP kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2020 di sekolah dan PdPR kepada pelajar-pelajar yang lain di rumah masing-masing bermula pada esok (20/1/2021).
Pematuhan SOP semasa PKP2.0 juga perlu dipatuhi sepanjang masa serta memastikan setiap pelajar juga mematuhinya sepanjang berada di sekolah. Guru-guru kelas terutamanya guru kelas Tingkatan 1 hendaklah mendapatkan nombor perhubungaan ibu bapa pelajar agar pelajar Tingkatan 1 juga dapat mengikuti PdPR dengan segera. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 12.25 tengah hari. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|