Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
20/03/2022, Ahad. Mesyuarat Guru bil 2/2022 dan Mesyuarat Kurikulum bil 2/2022 SMK Pulau Gaya telah diadakan pada pada 20 Mac 2022 bermula pada jam 2.30. Mesyuarat dipengerusikan oleh puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya. Mesyuarat membincangkan persedian pengeoperasian buka sekolah dan PdPR selama 2 minggu. Pada masa yang sama juga, persediaan panitia-panitia mata pelajaran juga ditekankan untuk aktiviti-aktiviti panitia di sesi awal tahun. Puan pengetua juga mengumumkan kehadiran 2 orang guru baru iaitu Cik Norlaila Taharim dan En. Findy serta Cikgu Hirdawati pula akan berpindah keluar ke Selangor. Mesyuarat ditamatkan pada jam 4.30pm.
0 Comments
7 Januari 2022, Jumaat. SMK Pulau Gaya telah mengadakan Mesyuarat Guru dan Kurikulum Bilangan 1 untuk tahun 2022. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya secara dalam talian menggunakan platform Google Meet.
29/10/2021, Jumaat. Bengkel Verifikasi Data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Fasa 2 untuk semua tingkatan tahun 2021. PBD dilaksanakan pada setiap sesi PdPC / PdPR. Ia juga pentaksiran secara berterusan. Guru merancang pelaksanaan PdPC, kemudian guru melaksanakan penilaian dengan 4 kaedah penilaian iaitu pemerhatian, lisan, penulisan dan gabungan. Dalam bengkel ini, semua guru akan mengesahkan semua data PBD melalui panitia masing-masing.
9/6/2021, Rabu. Mesyuarat guru dan taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) SMK Pulau Gaya telah dilaksanakan serentak secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Mesyuarat dan taklimat dipengerusikan oleh puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Taklimat pula disampaikan oleh cikgu Azlan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pulau Gaya. Fokus taklimat berkaitan garis panduan perlaksanaan PBPPP dan penulisan keberhasilan.
19/1/2020, selasa. Mesyuarat guru dan Mesyuarat Kurikulum kali pertama tahun 2021 telah diadakan secara maya dengan menggunakan medium Google Meet. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh puan pengetua, Puan Kinit dan dihadiri oleh semua guru-guru SMK Pulau Gaya iaitu seramai 51 orang semuanya. Pengetua mengingatkan kepada semua guru agar bersedia untuk memulakan PdP kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2020 di sekolah dan PdPR kepada pelajar-pelajar yang lain di rumah masing-masing bermula pada esok (20/1/2021).
Pematuhan SOP semasa PKP2.0 juga perlu dipatuhi sepanjang masa serta memastikan setiap pelajar juga mematuhinya sepanjang berada di sekolah. Guru-guru kelas terutamanya guru kelas Tingkatan 1 hendaklah mendapatkan nombor perhubungaan ibu bapa pelajar agar pelajar Tingkatan 1 juga dapat mengikuti PdPR dengan segera. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 12.25 tengah hari. 30/10/2020. Dialog Prestasi SMK Pulau Gaya bersama PPD Kota Kinabalu secara Maya telah dilaksanakan menggunakan medium Google Meet. Dialog ini membincangkan persediaan serta strategi yang diambil oleh pihak sekolah melalui Panitia serta guru-guru mata pelajaran SPM tahun 2020. Dialog yang dipengerusikan oleh Puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya telah dihadiri oleh guru-guru SMK Pulau Gaya serta Pegawai-pegawai dari PPD Kota Kinabalu bersama Puan Tah Nia Bte Hj. Jaman Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Dialog yang bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang telah membincangkan banyak perkara berkaitan perlaksanaan dan strategi yang di gunakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam membantu pelajar menguasai mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan sedia ada pelajar. Setiap panitia juga mempunyai strategi yang berbeza dalam merancang dan melaksanakan intervensi kepada pelajar mereka. Komen dan cadangan daripada pasukan PPD, SIP+ dan SISC+ merancakkan lagi perbincangan yang penuh dengan suasana keterbukaan dan semangat kerjasama antara dua entiti pendidikan yang saling berkait. Semoga semua dapatan dari perbincangan tersebut menjadi pemangkin kepada guru-guru yang mengajar di tingkatan lima khasnya dan semua guru-guru SMK Pulau Gaya amnya mempertingkatkan lagi usaha untuk melonjakkan kuantiti dan kualiti keputusan akademik pelajar-pelajar SPM SMK Pulau Gaya pada tahun ini. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|