Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
6/5/2021, Khamis. Sabah Methodist Crisis Relief & Development adalah sebuah NGO yang aktif dalam aktiviti sosial telah menyumbangkan pelitup muka untuk kegunaan semua warga SMK Pulau Gaya. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Wakil MCRD Sabah iaitu En. Farid Hii kepada En. Kanci Abdullah Pengerusi PIBG SMK Pulau Gaya bersama En. Kamel Ariffin, Penolong Kanan HEM SMK Pulau Gaya, di Jesellton Point, Kota Kinabalu.
Pelitup muka tersebut telah diagih-agihkan terus kepada setiap pelajar serta kakitangan sekolah. Setiap pelajar menerima 1 kotak yang mengandungi 50 pelitup muka untuk kegunaan harian. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MCRD Sabah kerana memberikan sumbangan pelitup muka kepada SMK Pulau Gaya.
0 Comments
26/03/2021, Jumaat. Nasib pelajar-pelajar SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya yang telibat dalam kebakaran di Kg. Lok Urai pada 11 Mac 2021 dibela apabila NGO Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-GURU) cawangan Sabah dan Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) memberikan bantuan peralatan persekolahan kepada semua pelajar yang terlibat. Majlis penyerahan bantuan telah dilaksanakan di Pusat Pembelajaran Alternatif (PPA) Kg. Lok Urai.
i-GURU cawangan Sabah diwakili pengerusinya Ustaz Muhammad Amin Bin Ribbang, PEMUDA ISMA diwakili oleh En. Azizan dan En Aiman serta Pengarah Kelab Remaja ISMA Sabah En. Afshan Muhammad. Turut hadir En. Azlan Saflie PK1 SMK Pulau Gaya bersama Ustaz Aznan mewakili pihak SMK Pulau Gaya. Rombongan ini di sambut oleh ketua kampung Lok Kurai iaitu Pn. Rukayah Belog bersama pelajar-pelajar yang menerima bantuan. Pelajar-pelajar yang menerima bantuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada i-GURU dan ISMA atas sumbangan yang mereka berikan. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|