Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
29/4/2022, Jumaat. Majlis Khatam Al Quran dan Penutupan Program Ihya Ramadhan 1443H/2022 telah di jalankan dengan meriahnya melibatkan semua warga SMK Pulau Gaya. Program yang di anjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan di bawah kelolaan Unit Kokurikulum SMK Pulau Gaya adalah penutup aktiviti bulan ramadhan pada tahun ini.
0 Comments
22/4/2022, Khamis. Unit ICT SMK Pulau Gaya telah melaksanakan dan menyelia ujian UKM1 berkaitan Program Pendidikan Pintar Cerdas @ Pencarian Murid Pintar bagi pelajar kelas 2 Adil dan 3 Adil. Ujian dikendalikan secara dalam talian melibatkan seramai 55 orang pelajar dari 58 pendaftaran. Pelajar 2 Adil mengambil ujian pada 21 April di bilik D'bayu manakala pelajar 3 Adil mengambil ujian pada 22 April di Bilik Gerakan.
27/4/2022, Rabu. Rombongan pegawai PPD Ranau dan PPD KK telah melawat SMK Pulau Gaya untuk Pemantauan dan verifikasi data pematuhan kohort umur serta Pengurusan pendaftaran murid di sekolah. En. Kamarjain Lo serta Pn. Siti Zulaikha Solubin dari PPD Ranau manakala Pn. Nurhafizah Abdullah dari PPD Kota Kinabalu Sektor Pengurusan Sekolah mencadangkan kepada sekolah agar pematuhan sepenunya kohort umur agar dapat menjadikan zero ralat.
26/4/2022, Selasa. Pusat Sumber SMK Pulau Gaya telah dilawati oleh pegawai penilai dari JPN Sabah untuk Peniliaan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) Peringkat Negeri Sabah.
4/4/2022, Isnin. Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Gaya telah menganjurkan Minggu Orientasi kepada semua pelajar tingkatan 1 SMK Pulau Gaya pada 4-6 April 2022. Tujuan utama Minggu Orientasi adalah memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar baru tentang alam persekolahan sekolah menengah. Disamping itu mempastikan para pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah dan secara langsung melatih pelajar untuk bermotivasi ke sekolah. Penyelaras program ialah Cik Afizan selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Gaya.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|