Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
30/10/2020. Dialog Prestasi SMK Pulau Gaya bersama PPD Kota Kinabalu secara Maya telah dilaksanakan menggunakan medium Google Meet. Dialog ini membincangkan persediaan serta strategi yang diambil oleh pihak sekolah melalui Panitia serta guru-guru mata pelajaran SPM tahun 2020. Dialog yang dipengerusikan oleh Puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya telah dihadiri oleh guru-guru SMK Pulau Gaya serta Pegawai-pegawai dari PPD Kota Kinabalu bersama Puan Tah Nia Bte Hj. Jaman Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Dialog yang bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang telah membincangkan banyak perkara berkaitan perlaksanaan dan strategi yang di gunakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam membantu pelajar menguasai mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan sedia ada pelajar. Setiap panitia juga mempunyai strategi yang berbeza dalam merancang dan melaksanakan intervensi kepada pelajar mereka. Komen dan cadangan daripada pasukan PPD, SIP+ dan SISC+ merancakkan lagi perbincangan yang penuh dengan suasana keterbukaan dan semangat kerjasama antara dua entiti pendidikan yang saling berkait. Semoga semua dapatan dari perbincangan tersebut menjadi pemangkin kepada guru-guru yang mengajar di tingkatan lima khasnya dan semua guru-guru SMK Pulau Gaya amnya mempertingkatkan lagi usaha untuk melonjakkan kuantiti dan kualiti keputusan akademik pelajar-pelajar SPM SMK Pulau Gaya pada tahun ini.
0 Comments
28/10/2020, Mesyuarat Kurikulum kali ke 3 SMK Pulau Gaya telah di laksanakan secara maya menggunakan medium Google Meet. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Pengetua juga membincangan Dialog Prestasi yang dibentangkan oleh ketua panitia setiap mata pelajaran SPM tahun 2020.
16 Januari 2020, Pasukan Bola Tampar Lelaki SMK Pulau Gaya kategori 18 tahun telah merangkul Naib Johan pada Kejohanan Bola MSSD Daerah Kota Kinabalu. Kejohanan ini telah dilangsungkan di Gelanggang Bola Tampar, Kompleks Sukan Likas. Pada perlawanan akhir SM Tshung Tshin, Sabah telah mengalahkan SMK Pulau Gaya pada set pertama 25-22, dan set kedua 25-22 untuk di tabalkan sebagai Johan. 3 orang peserta dari SMK Pulau Gaya iaitu Ridzwan, Syril Niezam dan Albasri telah terpilih untuk mewakili Daerah Kota Kinabalu untuk kejohanan Bola Tampar peringkat Negeri Sabah di Semporna.
Tahniah kepada semua ahli pasukan Bola Tampar SMK Pulau Gaya. Taklimat Pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sekolah Menengah (PKL) tahun 2020.25/10/2020 23/09/2020 (Rabu), Taklimat Pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sekolah Menengah (PKLSM) tahun 2020 untuk SMK Pulau Gaya kepada guru-guru yang terlibat. Taklimat disampaikan oleh penyelaras PKL sekolah iaitu En. Hadri Aman. PKLSM akan dilaksanakan pada semua murid tingkatan 1, 2 dan 3 secara dalam talian. PKL SMK Pulau Gaya dirancang akan diadakan dari 25 September hingga 25 Oktober 2020, melibatkan 30 murid sehari bergantung kepada bilangan Netbook sekolah yang ada.
PKL adalah inisiatif membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid khususnya dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Literasi Kewngan. PKLSM bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan guru dan murid untuk menghadapi pentaksiran antarabangsa iaitu Trend In Mathematic And Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Kehadiran Taklimat PKL SMK Pulau Gaya:
Pada 5 – 8 Februari 2020, Pasukan Hoki Lelaki dan Perempuan SMK Pulau Gaya telah menyertai Kejohanan Hoki MSSM Daerah Kota Kinabalu. Kejohanan pada tahun ini dianjurkan oleh SMK Likas, Kota Kinabalu. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki 18 tahun dan Perempuan 18 tahun. Kejohanan tersebut telah dilangsungkan di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Likas.
Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki perempuan SMK Pulau Gaya kerana telah menjadi johan dalam kejohanan tersebut. Ini adalah usaha keras dan berterusan jurulatih (Cikgu Sukur) bersama pasukannya. Manakala pasukan lelaki juga mencapai keputusan yang baik apabila menduduki tempat ke Tiga dalam kumpulan. Tahniah kepada semua ahli pasukan Hoki SMK Pulau Gaya. Berita berkaitan : SMK Pulau Gaya shine, SMK Pulau Gaya juara hoki B-18 MSSD KK Sukan Tahunan SMK Pulau kali ke 25 telah diadakan di Stadium Likas pada 12 Mac 2020. Acara 1500m terbuka kategori Lelaki dan Perempuan ialah acara pertama di lepaskan pada seawal jam 7.00 pagi lagi. Semua guru bertugas sebagai pegawai teknikal dan hakim acara sepanjang sukan tahunan ini, Pelajar- pelajar SMK Pulau Gaya menyertai 26 acara balapan serta acara perbarisan. Acara balapan yang lain seperti 100M, 200M, 400M, 800M, 4 X 100M dan 4 X 400M untuk semua kategori Lelaki A, Lelaki B, Perempuan A dan Perempuan B.
Bagi acara padang pula, ia telah diadakan lebih awal di persekitaran sekolah pada 27 dan 28 Februari 2020. Dalam acara padang, ianya melibatkan 20 acara iaitu Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Merejam Lembing, Lontar Peluru dan Melempar Cakera untuk semua kategori Lelaki A, Lelaki B, Perempuan A dan Perempuan B. Tahniah Kepada semua penyokong, peserta dan pemenang serta Rumah Sukan yang berjaya. Kita jumpa lagi di acara yang akan datang |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|