Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
08/06/2023, Khamis. Majlis pengumuman dan penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 kepada semua calon yang hadir. Majlis di laksanakan di Dataran Hj. Abd Aziz dengan disaksikan oleh Pengetua SMK Pulau Gaya, Puan Kinit Tagok serta pegawai dari PPD Kota Kinabalu. Tahniah diucapkan kepada semua calon, semoga kejayaan ini meberi dorongan yang lebih lain untuk masa depan mereka agar terus berjaya dan cemerlang.
Sekalung tahniah juga buat semua guru-guru SMK Pulau Gaya kerana dapat meningkatkan Gred Purata 0.33. Semoga keputusan ini dapat meningkatkan semangat semua guru untuk terus dan kekal dilandasan kecemerlangan pelajar SMK Pulau Gaya.
0 Comments
30/8/2022, Selasa. Majlis Penyerahan Bantuan Bayaran Tusyen kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2023 telah laksanakan di Dataran Hj. Abdul Aziz SMK Puiau Gaya. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tn. Jeffery Nor bin Mohamed, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat. Semoga dengan pemberian Bantuan ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi pelajar SPM untuk menduduki peperiksaan nanti.
Pelajar-pelajar SPM 2021 SMK Pulau Gaya yang dikasihi.
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dalam persediaan SPM sepanjang pandemik 2020-2022, kini tiba saatnya untuk menduduki SPM. Atas bimbingan guru-guru dan kerjasama ibubapa serta sokongan pentadbir sekolah, semua pelajar sudah cukup bersedia menduduki SPM yang akan bermula pada 2 Mac 2022 dengan semangat yang tinggi. Sesungguhnya kami guru-guru, ibubapa, masyarakat mengharapkan dan berdoa agar anak-anak SPM 2021 SMK Pulau Gaya akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Mohon anak-anak sentiasa mematuhi SOP, menjaga kesihatan dan fokus kepada persiapan sepanjang SPM ini. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ibubapa yang sentiasa memberi kerjasama serta guru- guru yang berusaha bersungguh-sungguh memberi bimbingan tanpa mengira waktu kepada calon-calon SPM 2021. Semoga semua usaha kita menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Selamat Menduduki SPM 2021.. Pn. KINIT TAGOK Pengetua SMK Pulau Gaya. 27/01/2022, Khamis. Puan Tah Niah Hj. Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu bersama rombongan telah lawatak ke SMK Pualu Gaya sempena Program Sentuhan Kasih SPM PPDKK di SMK Pulau Gaya pada tarikh 27 Januari 2022. Kehadiran rombongan PPD KK di sambut oleh Puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Dalam program tersebut, ceramah motivasi telah di berikan kepada semua calon SPM SMK Pulau Gaya tahun 2021. Semua calon SPM 2021 akan menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu serentak di seluruh negara pada 8, 9 dan 10 Februari 2022. Seramai 149 calon SPM SMK Pulau Gaya akan terlibat. Warga SMK Pulau Gaya mengucapkan selamat menduduki ujian lisan dan semoga semua calon yang terlibat mendapat kejayaan.
19/07/2021, Isnin. Program Permufakatan Ibu Bapa dan Guru-guru Tingkatan 5 merupakan program yang julung kalinya diadakan secara dalam talian menggunakan platform google meet. Program yang di selia oleh Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) SMK Pulau Gaya telah menjemput ibu bapa penjaga pelajar-pelajar tingkatan lima untuk berbincang berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pelajar. Pihak sekolah berharap ibu bapa penjaga sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar semasa PdPR berlangsung. Pada masa yang sama pihak sekolah juga berharap kumpulan ibu bapa yang hadir dapat membantu untuk mengesan beberapa orang pelajar tingkatan lima yang tidak aktif dalam PdPR. Di harap program ini dapat membantu pelajar sentiasa bersemangat untuk terus berlajar di rumah sebagai persediaan SPM yang akan datang. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|