Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
30/12/2020. Pendaftaran kemasukan Tingkatan 1 ke SMK Pulau Gaya telah di laksanakan pada 30 Disember 2020 bertempat di Dataran Hj. Abdul Aziz, SMK Pulau Gaya. Pendaftaran mengikut norma baharu dengan mengamalkan penjarakkan sosial dan mematuhi SOP semasa PKPB. AJK Pendaftaran Tingkatan 1 telah melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dalam melayani ibu bapa peljar yang mendaftar pada hari itu. Seramai lebih kurang 135 orang pelajar telah melengkapkan mendaftar mereka dengan lengkap. Terima kasih di ucapkan kepada semua AJK Pendaftaran yang terlibat.
Kredit : Gambar dari Nurhassan & Stanly.
0 Comments
SMK Pulau Gaya, 18 Disember 2020. Hari ini merupakan hari terakhir takwim persekolah bagi semua sekolah di negeri Kumpulan B termasuk SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Banyak pengalaman baru di alami oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) pada sesi persekolahan nomal dan dalam talian semasa PKP dan PKPB. Yang pastinya banyak pengalaman manis dan pahit menjadi kenangan. Semua warga SMK Pulau Gaya mengamalkan Normal Baharu dan Norma Baharu ketika berada di sekolah semasa wabak pendemik Covid-19 masih belum lagi reda.
Kita buka lebaran baru untuk takwin persekolahan 2021 pada tahun hadapan dengan semangat yang lebih berkobar-kobar. Selamat bercuti semuanya. Cik Melisa Lim Yi Jiung bersama rombongannya telah melawat ke SMK Pulau Gaya pada 4/11/2020, (Jumaat) disertai bersama cikgu Tan Kim. Dalam lawatannya ke SMK Pulau Gaya, Cik Melisa telah memberikan sumbangan kepada SMK Pulau Gaya berupaya 3 set komputer untuk kegunaan pelajar-pelajar di SMK Pulau Gaya. Majlis penyerahan sumbangan telah di adakan di Dataran Abdul Aziz oleh Cik Melisa sendiri dan wakil SMK Pulau Gaya pula diwakili oleh Adik Nur Kaidah dari Tingkatan 3 Adil. Komputer tersebut akan di letakkan di Makmal Komputer agar dapat digunakan oleh pelajar-pelajar SMK Pulau Gaya secara efektif. SMK Pulau Gaya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan oleh Cik Melisa. Dan diharap individu atau pihak organisasi lain juga yang ingin memberikan apa jua bentuk sumbangan kepada SMK Pulau Gaya adalah dialu-alukan.
04/12/2020. Pengembalian Skrip Jawapan Dan Projek/Folio Penilaian Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 telah diselaraskan di Dataran Abdul Aziz, SMK Pulau Gaya. Pelajar-pelajar atau ibu bapa di beri tempoh dari jam 8.00 – 10.30 untuk menghantar skrip jawapan Penilaian Akhir Tahun di kaunter yang dikhaskan mengikut kelas. Semasa proses penghantaran semua pihak dinasihati untuk mengikuti dan mematuhi SOP pergerakan semasa PKPB. Setelah siap menghantar skrip jawapan Penilaian Akhir pelajar-pelajar atau ibu bapa perlu terus pulang semula ke kediaman masing-masing.
Bagi tingkatan 5 pula, penghantaran skrip jawapan percubaan SPM dan kerja kursus telah diadakan lebih awal iaitu pada 30/11/2020 iaitu hari isnin. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|