Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
20/03/2022, Ahad. Mesyuarat Guru bil 2/2022 dan Mesyuarat Kurikulum bil 2/2022 SMK Pulau Gaya telah diadakan pada pada 20 Mac 2022 bermula pada jam 2.30. Mesyuarat dipengerusikan oleh puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya. Mesyuarat membincangkan persedian pengeoperasian buka sekolah dan PdPR selama 2 minggu. Pada masa yang sama juga, persediaan panitia-panitia mata pelajaran juga ditekankan untuk aktiviti-aktiviti panitia di sesi awal tahun. Puan pengetua juga mengumumkan kehadiran 2 orang guru baru iaitu Cik Norlaila Taharim dan En. Findy serta Cikgu Hirdawati pula akan berpindah keluar ke Selangor. Mesyuarat ditamatkan pada jam 4.30pm.
0 Comments
17/03/2022, Khamis. Majlis Apresiasi Tingkatan 5 Tahun 2021 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dataran Abdul Aziz, SMK Pulau Gaya. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua pelajar tingkatan 5 yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka selepas 5 tahun berada di SMK Pulau Gaya. Suasana ceria terpancar diwajah semua pelajar menggambarkan mereka sudah bersedia untuk menamatkan zaman persekolahan dan melangkah kezaman remaja yang lebih matang.
Pelajar-pelajar SPM 2021 SMK Pulau Gaya yang dikasihi.
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dalam persediaan SPM sepanjang pandemik 2020-2022, kini tiba saatnya untuk menduduki SPM. Atas bimbingan guru-guru dan kerjasama ibubapa serta sokongan pentadbir sekolah, semua pelajar sudah cukup bersedia menduduki SPM yang akan bermula pada 2 Mac 2022 dengan semangat yang tinggi. Sesungguhnya kami guru-guru, ibubapa, masyarakat mengharapkan dan berdoa agar anak-anak SPM 2021 SMK Pulau Gaya akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Mohon anak-anak sentiasa mematuhi SOP, menjaga kesihatan dan fokus kepada persiapan sepanjang SPM ini. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ibubapa yang sentiasa memberi kerjasama serta guru- guru yang berusaha bersungguh-sungguh memberi bimbingan tanpa mengira waktu kepada calon-calon SPM 2021. Semoga semua usaha kita menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Selamat Menduduki SPM 2021.. Pn. KINIT TAGOK Pengetua SMK Pulau Gaya. 28/2/2022, Isnin. Pendaftaran kemasukkan pelajar tingkatan 1 2022 ke SMK Pulau Gaya telah diadakan di dataran Abdul Aziz. Seramai 100 orang pelajar telah berdaftar daripada 170 lebih senarai yang layak ke SMK Pulau Gaya.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|