Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) bersambung lagi bermula 26 Julai sehingga 30 Ogos bagi semua sekolah kumpulan B termasuk negeri Sabah.
1 Comment
20/7/2021, Selasa. Bersempena dengan Hari Raya Haji pada tahun ini, Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMK pulau Gaya sekali lagi telah menganjurkan ibadah korban yang dilaksanakan di Surau Istiqomah, Taman Olivia. Penyelaras program iaitu cikgu Ayub telah membahagi-bahagikan daging korban kepada peserta dan penduduk yang terpilih di Pulau Gaya.
19/07/2021, Isnin. Program Permufakatan Ibu Bapa dan Guru-guru Tingkatan 5 merupakan program yang julung kalinya diadakan secara dalam talian menggunakan platform google meet. Program yang di selia oleh Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) SMK Pulau Gaya telah menjemput ibu bapa penjaga pelajar-pelajar tingkatan lima untuk berbincang berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pelajar. Pihak sekolah berharap ibu bapa penjaga sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar semasa PdPR berlangsung. Pada masa yang sama pihak sekolah juga berharap kumpulan ibu bapa yang hadir dapat membantu untuk mengesan beberapa orang pelajar tingkatan lima yang tidak aktif dalam PdPR. Di harap program ini dapat membantu pelajar sentiasa bersemangat untuk terus berlajar di rumah sebagai persediaan SPM yang akan datang. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha Kepada semua warga SMK Pulau Gaya pada 20 Julai 2021 bersamaa 10 Zulhijjah 1442. Semoga semua pengorbanan kita dalam mendidik dan belajar mendapat redha Allah.
Sekolah ketegori B mula bercuti pada esok hari iaitu dari 17 hingga 25 Julai 2021.
Selamar bercuti semua. # Hari Raya Haji pada 20 Julai 2021. 15/7/2021, Khamis. Hari ini ramai dikalangan guru dan AKP telah menlengkapkan dos ke dua suntikan vaksin COVID-19. Esok juga dijangkakan sebahagian lagi guru dan AKP SMK Pulau Gaya juga akan menerima vaksin dos ke dua. Penerima vaksin dos ke dua adalah penting bagi memastikan penerima vaksin mendapat keberkesanan jangka panjang vaksin itu terhadap COVID-19.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|