Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
25/11/2020. Selamat bersara dan selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada En. Abd Rahman Salamun, Ketua Pembantu Tadbir SMK Pulau Gaya. Mula berkhidmat di SMK Pulau Gaya setelah di naikkan pangkat sebagai Ketua Kerani pada 10/03/2000. Beliau berkhidmat selama 20 tahun di SMK Pulau Gaya dengan 4 orang pengetua berbeza sehingga ke hari persaraan beliau. 20 tahun satu masa yang sangat lama dan semestinya beliau mempunyai banyak kenangan manis yang dialami semasa berkhimat di sekolah ini.
Setelah berkhidmat 40 tahun sebagai penjawat awam, pada hari tarih 25/11/2020, hari rabu merupakan hari terakhir sebagai kakitangan kerajaan. SMK Pulau Gaya mengucapakan selamat berjaya dan selamat bersara kepada En. Abd Rahman bin Salamun.
0 Comments
Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020. Seterusnya, tempoh PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa termasuklah Perintah Kawalan 2 Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup. KPM telah mengumumkan pembukaan semula sekolah pada 24 Jun 2020 bagi membabitkan pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara.
Taklimat Penataran garis panduan pembukaan sekolah oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah diadakan pada tarikh 12 Jun 2020, jam 9.00 pagi melalui medium Google Meet yang dihadiri oleh semua pentadbir dan beberapa orang guru SMK Pulau Gaya. Taklimat ini merupakan tindakan awal yang dilakukan oleh pihak PPD Kota Kinabalu dan semua Sekolah Menengah di daerah kota Kinabalu termasuk SMK Pulau Gaya membuat persediaan awal Penyediaan SOP buka sekolah. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah. Bermula 15 Jun 2020, guru-guru SMK Pulau Gaya telah datang semula ke sekolah untuk penyediaan SOP secara pembahagian tugas dan bergotong royong. Kehadiran guru ke sekolah pada waktu ini adalah mengikut jadual dan bergiliran iaitu hanya 30% kehadiran untuk melaksanakan persediaan pembukaan semula sekolah (rendah dan menengah). Pada 23 Jun, sehari sebelum pembukaan sekolah, Rombongan pegawai dari KPM, JPN Sabah dan PPD Kota Kinabalu telah melawat SMK Pulau Gaya untuk melihat persediaan akhir pihak sekolah dalam menyediakan keperluan untuk pematuhan SOP pembukaan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 5. Rombongan tersebut telah berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah menyediakan semua keperluan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi persekolahan. Sentiasa memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah. 7/11/2020. SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun 2019 penarafan bintang bagi SMK Pulau Gaya adalah 4 bintang (⭐️⭐️⭐️⭐️), sama seperti pada tahun 2018. Manakala pada tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya, SMK Pulau Gaya mendapat penarafan 3 bintang (⭐️⭐️⭐️). Sejarah permulaan SMK Pulau Gaya mengisi penerafan SSQS ialah pada tahun 2012 lagi.
Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Objektif utama SSQS menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan, selain itu memperkasakan (empower) guru dan murid. SMK Pulau Gaya telah siap melaksanakan pengisiaan SSQS pada tahun 2020 dan diharap sekolah dapat mengekalkan penarapan 4 bintangnya. Jutaan terima kasih kepada semuayang terlibat, terutama semua responden dari SMK Pulau Gaya yang mengisi SSQS tahun 2020 iaitu : 1. Puan Pengetua 2. 32 orang guru 3. 30 orang pelajar. 1/8/2020. Sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, Kelab Staf SMK Pulau Gaya telah mengikuti Program Ibadah Korban di Surau Istiqomah Taman Olivia Kepayan. Program Ibadah Korban yang di urus oleh Cikgu Ayub merupakan program tahunan Kelab Staf SMK Pulau Gaya disertai yang peserta yang beragama islam. Kelab Staf diwakili oleh 7 orang peserta untuk korban seekor kerbau (7 bahagian).
Pada hari tersebut peserta dan petugas serta beberapa orang guru SMK Pulau Gaya membantu dalam proses melapah daging korban. Semua aktiviti berkaitan ibadah korban pada tahun ini hendaklah mematuhi Arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) MKN dan KKM berkaitan PKPP. Ini kerana negara masih lagi di ancam penularan Covid-19. Pembahagian daging korban diagih-agihkan kepada peserta (sunat), beberapa orang guru (hadiah) dan beberapa orang pelajar (sedekah) SMK Pulau Gaya yang dihantar terus ke Pulau Gaya. Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2:478) 17Julai 2020. Cikgu Mariani John D. Sibatu @ Marylyn telah mengikuti pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan kreatif (InKIK 2020), Zon Kota Kinabalu Tahun 2020 (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) mewakili SMK Pulau Gaya. Dalam pertandingan tersebut beliau membentangkan novasi JPI ( Jadual Pendaraban Indeks) yang digunakan untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan pendaraban indeks dengan mudah. JPI ini juga di gunakan oleh guru dalam kelas sebagai Alat Bantu Mengajar yang berkesan. Cikgu Mariani berpengalaman mengajar mata pelajaran Matematik selama 18 tahun.
Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Mariani kerana mendapat Anugerah Perak dalam pertandingan INKIK inovasi 2020 zon ( Kota kinabalu, Penampang dan Ranau). Semoga kejayaan beliau dapat memberi inspirasi kepada warga SMK Pulau Gaya dalam menghasilkan inovasi dalam pendidikan. Inovasi beliau juga telah di kongsikan dalam bengkel antarabangsa di Thailand (lihat disini..). Pada 9 - 11 November 2019, SMK Pulau Gaya telah mengikuti Pembentangan STEM Connex Workshop And Digital Connex sempena World DIDAC Asia yang berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Bangkok, Thailand. Rombongan SMK Pulau Gaya terdiri daripada:
Aktiviti Semasa – “ STEM Connex Workshop “ Tajuk Pembentangan: PBL STEM Activities Preparing Student To Deal Positively For 21st Century Global Challenges. Pembentang : Azlan Hj. Saflie dan Jerrel Juip Aktiviti Semasa –“ Digital Connex Workshop “ Tajuk Pembentangan: Simplifying Index Multiplication In Mathematics Pembentang : Mariani John D. Sibatu |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|