Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
26/03/2021, Jumaat. Nasib pelajar-pelajar SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya yang telibat dalam kebakaran di Kg. Lok Urai pada 11 Mac 2021 dibela apabila NGO Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-GURU) cawangan Sabah dan Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) memberikan bantuan peralatan persekolahan kepada semua pelajar yang terlibat. Majlis penyerahan bantuan telah dilaksanakan di Pusat Pembelajaran Alternatif (PPA) Kg. Lok Urai.
i-GURU cawangan Sabah diwakili pengerusinya Ustaz Muhammad Amin Bin Ribbang, PEMUDA ISMA diwakili oleh En. Azizan dan En Aiman serta Pengarah Kelab Remaja ISMA Sabah En. Afshan Muhammad. Turut hadir En. Azlan Saflie PK1 SMK Pulau Gaya bersama Ustaz Aznan mewakili pihak SMK Pulau Gaya. Rombongan ini di sambut oleh ketua kampung Lok Kurai iaitu Pn. Rukayah Belog bersama pelajar-pelajar yang menerima bantuan. Pelajar-pelajar yang menerima bantuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada i-GURU dan ISMA atas sumbangan yang mereka berikan.
0 Comments
11/03/2021, Khamis. Berita dukacita apabila berlaku kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya yang telah memusnahkan 73 buah rumah. Kejadian berlaku sekitar 8 malam menyebabkan 200 penghuni telah hilang tempat tinggal. Dianggarkan seramai 31 daripada mangsa merupakan pelajar-pelajar SMK Pulau Gaya. Sekarang ini sebahagian penduduk telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sembulan yang diselia oleh DBKK. Manakala sebahagian mangas yang lain menumpang di rumah keluarga masing-masing.
PK1 SMK Pulau Gaya, En. Azlan dan En. Kanci Abdullah telah melawat tempat kejadian dan bertemu dengan ketua Kampung Lok Kurai pada 12 Mac 2021. Pihak sekolah sedang mengesan semua pelajar SMK Pulau Gaya yang terlibat dan menggalakkan warga sekolah untuk membantu mereka yang terlibat dalam meringankan beban yang mereka alami. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|