Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
18/08/2023. Syabas dan tahniah kepada semua atlit olahraga serta jurulatih SMK Pulau Gaya kerana Pencapaian yang membanggakan kerana berada di kedudukan ke 10 dalam pungutan pingat keseluruhan dengan 2 emas, 1 perak dan 4 gangsa pada Kejohanan Olahraga MSSD Kota Kinabalu tahun 2023. Adik Nor Aisah binti Shaik Satta atlik merejam lembing kategori Perempuan bawah 15 tahun telah mendapat pingat emas serta memecahkan rekod kejohanan dengan jarak 27.97m. Paling manis adik Nor Aisah telah dinobatkan sebagai Olahragawati 15 tahun kebawah.
Bagi adik Muhammad Eriuan bin M. Ezan telah mendapat pingat emas dalam acara merejam lembing kategori lelaki 18 tahun ke bawah. Manakala adik Henry bin Yapsin telah mendapat pingat gangsa pada acara yang sama. Tahnih dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua atlit dan jurulatih mereka. Ogos 2023. Tahniah dan Syabas kepada pelajar-pelajar dan guru penasihat kerana mencapai kejayaan yang cemerlang di World Youth STEM Invention Innovasi 2023 iaitu pencapaian peringkat antarabangsa. Muhammad Danial bin Abdul Hamid, Muhamma Aiman dan Norwada pelajar 3 Adil bersama guru penasihat mereka Encik Jerrel Juip telah menerima Gold Award. Mereka juga di anugerahkan Special Award (IYSA) dan Best Video Presentation pada acara tersebut.
Bagi pelajar dari kelas 2 Adil iaitu Sofea binti Suffian, Lia Miya Sarah binti Jamsan dan Nur Fhatihah binti Dayel bersama guru penasihat Puan Mariani John D.Sibatu @ Marylyn telah merangkul Silver Award. Sementar itu Nurul Sahada binti Mohd Narullah, Siti Nasrah binti Najib dan Dayang Siti Fauzianah binti Datu Asibih bersama guru penasihat Puan Eva Berthenna Jelong juga merangkul Silver Award. Syabas dan Tahniah diucapkan sekali lagi kepada mereka kerana mengharumkan nama SMK Pulau Gaya di peringkat antarabangsa. 09/08/2023, Rabu. Perasmian pelancaran Program Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Pulau Gaya oleh Puan Kinit tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya. Program ini berlansung sehingga 18 September 2023 dengan pelbagai aktiviti-aktiviti telah dirancang seperti Pertandingan nyanyian, melukis poster, deklamasi sajak, kuiz, teka silang kata dan banyak lagi di bawah kelolaan Bidang Kemanusiaan di terajui oleh ketua Bidang, Puan Maznun. Menurut Cikgu Findy Jamal, Penyelaras Program Bulan Kemardekaan penyertaan terbuka kepada semua murid SMK Pulau Gaya.
07/08/2023, Isnin. Perhimpunan rasmi sekolah telah diadakan sekali lagi seperti yang dijadualkan pada 7 Ogos hari. Seperti kebiasaanya perhimpunan ini di penuhi dengan ucapan dari guru bertugas minggu lalu, pihak pentadbir dan pengetua sendiri. Dalam perhimpunan ini juga telah diselitkan penyerahan hadiah dan sijil penyertaan kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan seperti bola Tampar lelaki, bola baling lelaki dan perempuan, bola jaring kategori bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun, serta wakil pertandingan pidato.
28/07/2023, Jumaat. Sukan Tahunan SMK Pulau Gaya kali ke 27, dilaksanakan dengan meriah sepanjang bulan Jun dan Ogos. Kemuncak kejohanan sukan tahunan ini berlaku apabila acara padang di adakan di Stadium Likas pada 28 Julai 2023. Sebelum itu Sukan Tara telah diadakan awal pada 19 dan 20 Jun 2023. Sukan Tara melibatkan semua ahli rumah sukan Putra, Satria Waja dan Wira mengambil bahagian dalam 5 acara sukan iaitu Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Merejam Lembing, Melontar Peluru dan Melempar Cakera. Setiap penyertaan ahli rumah Sukan akan mendapat 1 mata dan sekiranya melepasi had kelayakan akan mendapat 2 mata. Mata terkumpul akan menentukan Rumah sukan mana yang akan menjadi Johan dalam acara Sukan Tara.
Bagi Acara Padang sempena Sukan Tahunan ini telah dilaksanakan pada 23 dan 24 Jun 2023. Ia Melibatkan 5 acara iaitu Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Merejam Lembing, Melontar Peluru dan Melempar Cakera untuk 4 iaitu kategori Lelaki Bawah 18 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Perempuan Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 15 Tahun. Kejohanan Sukan ini juga melibatkan Acara Merentas Desa yang dilaksanakan pada 26 Jun 2023. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|