Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
27/01/2024, Sabtu. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Pulau Gaya telah menganjurkan Majlis Apresiasi untuk pelajar tingkatan 5. Majlis Apresiasi Pelajar Tingkatan 5 dirancang adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya menamatkan persekolahan sehingga Tingkatan 5. Di samping itu, pengiktirafan sedemikian dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar tersebut di dalam peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
0 Comments
08/07/2023, Sabtu. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pulau Gaya untuk tahun 2022 telah berlangsung di Dataran Hj. Abd Azizi, SMK Pulau Gaya dengan meriahnya. Tujuan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) diadakan adalah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya yang mencapai keputusan cemerlang dalam Pepriksaan Dalaman dan peperiksaan SPM pada tahun 2022. Majlis di rasmikan oleh Encik Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Beliau berharap penganugerahan akademik ini akan menjadi pemangkin dan penyuntik semangat kepada semua pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bersaingantara satu sama lain bagi memperoleh kejayaan seperti yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar terdahulu. Kredit foto Cikgu Robert.
4/8/2022, Khamis. SMK Pulau Gaya telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) tahun 2022 dengan jayanya. Tujuan MAKP diadakan adalah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya yang mencapai keputusan cemerlang dalam Pepriksaan Dalaman dan peperiksaan SPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Sheila Fae Among (Ahli Lembaga Koperasi Pembangunan Ekonomi Dan Perumahan Putatan Berhad). Koleksi Gambar Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. 17/03/2022, Khamis. Majlis Apresiasi Tingkatan 5 Tahun 2021 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dataran Abdul Aziz, SMK Pulau Gaya. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua pelajar tingkatan 5 yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka selepas 5 tahun berada di SMK Pulau Gaya. Suasana ceria terpancar diwajah semua pelajar menggambarkan mereka sudah bersedia untuk menamatkan zaman persekolahan dan melangkah kezaman remaja yang lebih matang.
29/04/2021, Khamis. Majlis Apresiasi pelajar SPM tahun 2020, SMK Pulau Gaya telah di laksanakan dengan jayanya. Majlis yang berlangsung dengan suasana sederhana ini bertujuan untuk penghargaan, meraihkan dan pengiktirafan pelajar-pelajar SPM tahun 2020 dalam memperkembangkan potensi mereka. Diharap majlis ini akan menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya untuk lebih yakin dalam menempa kejayaan dalam dunia sebenar.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|