Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
Pembukaan sekolah pada 20/01/2021, Rabu di SMK Pulau Gaya pada sesi tahun 2021 hanya melibatkan kelas peperiksaan tingktan 5 tahun 2020 telah berjalan lancar. Pihak sekolah telah bersedia lebih awal dengan penyediaan kemudahan. Guru bertugas telah bersedia lebih awal di pintu masuk sekolah untuk memantau pergerakan pelajar ke sekolah dengan mengikuti SOP semasa PKP2. Kelihatan juga wakil pihat luar dalam pemantau ini iaitu pihak polis dari Balai Polis Pulau Gaya bersama sama pihak sekolah memantau pergerakan pelajar dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pergerakan balik pelajar pada sebelah petang juga masih mengamalkan SOP semasa dan di pantau oleh guru-guru yang bertugas. Pada masa sama, rombongan pihak PPD Kota Kinabalu juga bersama-sama pihak pendtadbiran SMK Pulau Gaya memantau perlaksanaan pematuhan pergerakan pelajar semasa pergerakan pelajar balik dari sekolah.
Pematuhan SOP semasa PKP2 menjadi rutin harian pelajar dan juga warga SMK Pulau Gaya bagi mengelak sebarangkemungkinan yang tidak di ingini. Semoga semua warga SMK Pula Gaya dapat mengamalkan dan mematuhi SOP semasa pergi dan balik ke sekolah dan juga yang paling penting semasa berada di kawasan sekolah.
0 Comments
19/1/2020, selasa. Mesyuarat guru dan Mesyuarat Kurikulum kali pertama tahun 2021 telah diadakan secara maya dengan menggunakan medium Google Meet. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh puan pengetua, Puan Kinit dan dihadiri oleh semua guru-guru SMK Pulau Gaya iaitu seramai 51 orang semuanya. Pengetua mengingatkan kepada semua guru agar bersedia untuk memulakan PdP kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2020 di sekolah dan PdPR kepada pelajar-pelajar yang lain di rumah masing-masing bermula pada esok (20/1/2021).
Pematuhan SOP semasa PKP2.0 juga perlu dipatuhi sepanjang masa serta memastikan setiap pelajar juga mematuhinya sepanjang berada di sekolah. Guru-guru kelas terutamanya guru kelas Tingkatan 1 hendaklah mendapatkan nombor perhubungaan ibu bapa pelajar agar pelajar Tingkatan 1 juga dapat mengikuti PdPR dengan segera. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 12.25 tengah hari. 30/12/2020. Pendaftaran kemasukan Tingkatan 1 ke SMK Pulau Gaya telah di laksanakan pada 30 Disember 2020 bertempat di Dataran Hj. Abdul Aziz, SMK Pulau Gaya. Pendaftaran mengikut norma baharu dengan mengamalkan penjarakkan sosial dan mematuhi SOP semasa PKPB. AJK Pendaftaran Tingkatan 1 telah melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dalam melayani ibu bapa peljar yang mendaftar pada hari itu. Seramai lebih kurang 135 orang pelajar telah melengkapkan mendaftar mereka dengan lengkap. Terima kasih di ucapkan kepada semua AJK Pendaftaran yang terlibat.
Kredit : Gambar dari Nurhassan & Stanly. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|