Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
11/8/2022, Khamis. Lawatan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Sektor Pembelajaran (SPb), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) bertujuan Penilaian dan Verifikasi Permohonan SMK Pulau Gaya untuk menawarkan mata pelajaran Sains Komputer di tingkatan 4 pada tahun 2023. Taklimat dan verifikasi dilaksanakan di Makmal Komputer 2.
Rombongan JPN diketuai oleh En. Harris Sufian, Ketua Penolong Pengarah Kanan bersama 6 lagi pegawai dari JPN serta Puan Lily Sintunt pegawai unti SISC+ PPD Kota Kinabalu. Taklimat prosedur, keperluan dan syarat-syarat menawarkan mata pelajaran Sains Komputer telah disampaikan oleh En. Azmie Abdul Hamid, Pegawai Meja Sains Komputer di JPN Sabah. Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) disampaikan oleh En. Sabdani Bettang, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Pn. Naripah, Penyelaras PBD SMK Pulau Gaya. Taklimat lain juga di sampaikan oleh En. Rahim Mostem berkaitan dengan ID DELIMA pelajar dan guru disekolah. Sementara itu Hjh. Jumda Hj. Darwis melaksanakan Bimbingan Selia Bantu mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) yang fokus kepada pengurusan fail dan Pemantauan PDPc dalam kelas.
0 Comments
27/01/2022, Khamis. Puan Tah Niah Hj. Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu bersama rombongan telah lawatak ke SMK Pualu Gaya sempena Program Sentuhan Kasih SPM PPDKK di SMK Pulau Gaya pada tarikh 27 Januari 2022. Kehadiran rombongan PPD KK di sambut oleh Puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Dalam program tersebut, ceramah motivasi telah di berikan kepada semua calon SPM SMK Pulau Gaya tahun 2021. Bimbingan berfokus SPM 2020 dari Pegawai SISC+ dan SIP+ PPD Kota Kinabalu di SMK Pulau Gaya.29/1/2021 25/01/2021, Isnin. Jalinan kerjasama yang erat, harmoni dan profesional antara SMK Pulau Gaya dan PPD Kota Kinabalu sepeti hubungan kekeluargaan antara adik dan abang yang saling berganding bahu tolong menolong. Ini di buktikan lagi dengan kunjungan dari pegawai SISC+ dan SIP+ PPD Kota Kinabalu ke SMK Pulau Gaya pada 25/01/2021 untuk bimbingan berfokus yang mensasarkan persediaan akhir guru-guru mata pelajaran dan pelajar-pelajar SPM 2020 SMK Pulau Gaya. Iltizam dan kerja keras guru-guru mata pelajaran dalam membantu dan melengkapkan persediaan akhir pelajar sebelum peperiksaan SPM tahun 2020 yang akan bermula pada 22/02/2021 mendapat pujian dari pegawai tersebut. Diharap baki masa yang singkat ini digunakan sepenuhnya oleh guru-guru dan pelajar berdasarkan rancangan yang telah disusun untuk memantapkan lagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan SPM. Selamat berjaya diucapkan calon-calon SPM 2020.
Cik Melisa Lim Yi Jiung bersama rombongannya telah melawat ke SMK Pulau Gaya pada 4/11/2020, (Jumaat) disertai bersama cikgu Tan Kim. Dalam lawatannya ke SMK Pulau Gaya, Cik Melisa telah memberikan sumbangan kepada SMK Pulau Gaya berupaya 3 set komputer untuk kegunaan pelajar-pelajar di SMK Pulau Gaya. Majlis penyerahan sumbangan telah di adakan di Dataran Abdul Aziz oleh Cik Melisa sendiri dan wakil SMK Pulau Gaya pula diwakili oleh Adik Nur Kaidah dari Tingkatan 3 Adil. Komputer tersebut akan di letakkan di Makmal Komputer agar dapat digunakan oleh pelajar-pelajar SMK Pulau Gaya secara efektif. SMK Pulau Gaya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan oleh Cik Melisa. Dan diharap individu atau pihak organisasi lain juga yang ingin memberikan apa jua bentuk sumbangan kepada SMK Pulau Gaya adalah dialu-alukan.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|