Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
22/01/2021, Jumaat. SMK Pualau Gaya talah melaksanakan Dialog Prestasi Bersama PPD Kota Kinabalu kali ke 3 untuk calon SPM tahun 2020. Dialog ini dilaksanakna mengunakan medium Google Meet pada tarikh 22/01/2021, hari Jumaat, jam 1.30 petang. Dialog ini menunjukkan komitmen pihak sekolah terutamanya guru-guru mata pelajaran yang mengajar di tingktan 5 tahun 2020 untuk meningkatkan prestasi calon SPM 2020. Dialog Prestasi ini di pengerusikan oleh Puan pengetua dan dihadiri oleh semua guru-guru SMK Pulau Gaya dan beberapa orang pegawai dari PPD, SISC+, SIP+ serta Puan Pegawai PPD Kota Kinabalu.
0 Comments
30/10/2020. Dialog Prestasi SMK Pulau Gaya bersama PPD Kota Kinabalu secara Maya telah dilaksanakan menggunakan medium Google Meet. Dialog ini membincangkan persediaan serta strategi yang diambil oleh pihak sekolah melalui Panitia serta guru-guru mata pelajaran SPM tahun 2020. Dialog yang dipengerusikan oleh Puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya telah dihadiri oleh guru-guru SMK Pulau Gaya serta Pegawai-pegawai dari PPD Kota Kinabalu bersama Puan Tah Nia Bte Hj. Jaman Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Dialog yang bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang telah membincangkan banyak perkara berkaitan perlaksanaan dan strategi yang di gunakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam membantu pelajar menguasai mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan sedia ada pelajar. Setiap panitia juga mempunyai strategi yang berbeza dalam merancang dan melaksanakan intervensi kepada pelajar mereka. Komen dan cadangan daripada pasukan PPD, SIP+ dan SISC+ merancakkan lagi perbincangan yang penuh dengan suasana keterbukaan dan semangat kerjasama antara dua entiti pendidikan yang saling berkait. Semoga semua dapatan dari perbincangan tersebut menjadi pemangkin kepada guru-guru yang mengajar di tingkatan lima khasnya dan semua guru-guru SMK Pulau Gaya amnya mempertingkatkan lagi usaha untuk melonjakkan kuantiti dan kualiti keputusan akademik pelajar-pelajar SPM SMK Pulau Gaya pada tahun ini. 28/10/2020, Mesyuarat Kurikulum kali ke 3 SMK Pulau Gaya telah di laksanakan secara maya menggunakan medium Google Meet. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Pengetua juga membincangan Dialog Prestasi yang dibentangkan oleh ketua panitia setiap mata pelajaran SPM tahun 2020.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|