Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
27/04/2024, Sabtu. Sempena dengan sukan tahunan SMK Pulau Gaya kali ke 28, Acara merentas desa merupakan kalendar pertama yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum. Acara ini melibatkan semua peserta dengan 4 kategori iaitu Kategori Lelaki A dan B serta Perempuan A dan B. Ia juga melibatkan 4 buah rumah sukan iaitu Putra, Satria, Waja dan Wira.
0 Comments
28/07/2023, Jumaat. Sukan Tahunan SMK Pulau Gaya kali ke 27, dilaksanakan dengan meriah sepanjang bulan Jun dan Ogos. Kemuncak kejohanan sukan tahunan ini berlaku apabila acara padang di adakan di Stadium Likas pada 28 Julai 2023. Sebelum itu Sukan Tara telah diadakan awal pada 19 dan 20 Jun 2023. Sukan Tara melibatkan semua ahli rumah sukan Putra, Satria Waja dan Wira mengambil bahagian dalam 5 acara sukan iaitu Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Merejam Lembing, Melontar Peluru dan Melempar Cakera. Setiap penyertaan ahli rumah Sukan akan mendapat 1 mata dan sekiranya melepasi had kelayakan akan mendapat 2 mata. Mata terkumpul akan menentukan Rumah sukan mana yang akan menjadi Johan dalam acara Sukan Tara.
Bagi Acara Padang sempena Sukan Tahunan ini telah dilaksanakan pada 23 dan 24 Jun 2023. Ia Melibatkan 5 acara iaitu Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Merejam Lembing, Melontar Peluru dan Melempar Cakera untuk 4 iaitu kategori Lelaki Bawah 18 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Perempuan Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 15 Tahun. Kejohanan Sukan ini juga melibatkan Acara Merentas Desa yang dilaksanakan pada 26 Jun 2023. 19/06/2023, Isnin. Acara Suakn Tara akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 19 hingga 20 Jun 2023. Ini bersempena dengan Surakn Tahun SMK Pulau Gaya kali ke 27 pada tahun ini. Semua pertandingan diadakan di sekitar SMK Pulau Gaya yang melibatkan 4 buah rumah sukan iaitu PUTRA, SATRIA, WAJA DAN WIRA.
Sukan Tahunan SMK Pulau kali ke 25 telah diadakan di Stadium Likas pada 12 Mac 2020. Acara 1500m terbuka kategori Lelaki dan Perempuan ialah acara pertama di lepaskan pada seawal jam 7.00 pagi lagi. Semua guru bertugas sebagai pegawai teknikal dan hakim acara sepanjang sukan tahunan ini, Pelajar- pelajar SMK Pulau Gaya menyertai 26 acara balapan serta acara perbarisan. Acara balapan yang lain seperti 100M, 200M, 400M, 800M, 4 X 100M dan 4 X 400M untuk semua kategori Lelaki A, Lelaki B, Perempuan A dan Perempuan B.
Bagi acara padang pula, ia telah diadakan lebih awal di persekitaran sekolah pada 27 dan 28 Februari 2020. Dalam acara padang, ianya melibatkan 20 acara iaitu Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Merejam Lembing, Lontar Peluru dan Melempar Cakera untuk semua kategori Lelaki A, Lelaki B, Perempuan A dan Perempuan B. Tahniah Kepada semua penyokong, peserta dan pemenang serta Rumah Sukan yang berjaya. Kita jumpa lagi di acara yang akan datang |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|