Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
21/10/2021, Khamis. Hari ini merupakan hari terakhir program Vaksinasi yang melibatkan pelajar SMK Pulau Gaya secara langsung untuk Dos ke 2 suntikan Vaksin Covid-19. Program ini jalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SK Pulau Gaya, di Pulau Gaya. Program ini sebenarnya sudah berlangsung awal iaitu:
1. Pemberian Vaksin Covid-19 Dos pertama pada 29 dan 30 Septermber 2021. 2. Pemberian Vaksin Covid-19 Dos kedua pada 20 dan 21 Oktober 2021. Terdapat juga, pelajar SMK Pulau Gaya yang mendapatkan suntikan vaksin di PPV lain seperti PPV Sabah International Convention Center (SICC) dan PPV Kompleks Dewan Kuliah Pusat 13 & 14, UMS. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja adalah program KKM menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat.
0 Comments
15/7/2021, Khamis. Hari ini ramai dikalangan guru dan AKP telah menlengkapkan dos ke dua suntikan vaksin COVID-19. Esok juga dijangkakan sebahagian lagi guru dan AKP SMK Pulau Gaya juga akan menerima vaksin dos ke dua. Penerima vaksin dos ke dua adalah penting bagi memastikan penerima vaksin mendapat keberkesanan jangka panjang vaksin itu terhadap COVID-19.
16/6/2021, Rabu. Seramai 36 orang guru SMK Pulau Gaya telah menerima dos pertama Vaksin Covid-19 Comirnaty Keluaran Syarikat Pfizer-Biontech di Pusat Penerimaan Vaksin Pasific Sutera. Ini merupakan program penerimaan vaksin kelompok yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah kepada penerima vaksin yang layak. Pada 17/6/2021 pula dijadualkan seramai 5 orang guru serta AKP dari SMK Pulau Gaya akan menerima dos pertama vaksin. Sementara itu juga terdapat 3 orang guru di SMK Pulau Gaya telah menerima dos vaksin pertama lebih awal. Senarai penerima vaksin yang layak dari SMK Pulau Gaya telah di uruskan oleh cikgu Robert sebagai Penyelaras Vaksin untuk SMK Pulau Gaya. Diharap dengan lengkap penerimaan vaksin oleh guru-guru SMK Pulau Gaya akan melindungi guru-guru dan murid-murid SMK Pulau Gaya daripada dijangkiti virus Covid-19.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|