Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
20/01/2024, Sabtu. Mesyuarat Akhir Tahun Pengurusan SMK Pulau Gaya bertempat di Bilik Carnation, Hotel Shangri-La Kota kinabalu. Mesyuarat melibatkan guru-guru dan Anggota Kakitangan Perkhidmatan (AKP) SMK Pulau
Gaya dan di pengerusikan oleh Puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya.
0 Comments
20/10/2021, Rabu. Taklimat Khas untuk semua guru SMK Pulau Gaya telah diadakan secara dalam talian menggunakan Google Meet. Taklimat dipengerusikan oleh Puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Fokus taklimat ialah menerangkan persediaan Pengeoperasian Pembukaan Sekolah pada 3 Nomember 2021. Setiap guru telah diberikan tugas-tugas tertentu dalam persediaan ini. Selain itu, taklimat berkaitan KPMPerkasaKU iaitu merujuk kepada Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum. Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bagi membantu murid untuk memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran mereka.
9/6/2021, Rabu. Mesyuarat guru dan taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) SMK Pulau Gaya telah dilaksanakan serentak secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Mesyuarat dan taklimat dipengerusikan oleh puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Taklimat pula disampaikan oleh cikgu Azlan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pulau Gaya. Fokus taklimat berkaitan garis panduan perlaksanaan PBPPP dan penulisan keberhasilan.
Bimbingan berfokus SPM 2020 dari Pegawai SISC+ dan SIP+ PPD Kota Kinabalu di SMK Pulau Gaya.29/1/2021 25/01/2021, Isnin. Jalinan kerjasama yang erat, harmoni dan profesional antara SMK Pulau Gaya dan PPD Kota Kinabalu sepeti hubungan kekeluargaan antara adik dan abang yang saling berganding bahu tolong menolong. Ini di buktikan lagi dengan kunjungan dari pegawai SISC+ dan SIP+ PPD Kota Kinabalu ke SMK Pulau Gaya pada 25/01/2021 untuk bimbingan berfokus yang mensasarkan persediaan akhir guru-guru mata pelajaran dan pelajar-pelajar SPM 2020 SMK Pulau Gaya. Iltizam dan kerja keras guru-guru mata pelajaran dalam membantu dan melengkapkan persediaan akhir pelajar sebelum peperiksaan SPM tahun 2020 yang akan bermula pada 22/02/2021 mendapat pujian dari pegawai tersebut. Diharap baki masa yang singkat ini digunakan sepenuhnya oleh guru-guru dan pelajar berdasarkan rancangan yang telah disusun untuk memantapkan lagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan SPM. Selamat berjaya diucapkan calon-calon SPM 2020.
22/01/2021, Jumaat. SMK Pualau Gaya talah melaksanakan Dialog Prestasi Bersama PPD Kota Kinabalu kali ke 3 untuk calon SPM tahun 2020. Dialog ini dilaksanakna mengunakan medium Google Meet pada tarikh 22/01/2021, hari Jumaat, jam 1.30 petang. Dialog ini menunjukkan komitmen pihak sekolah terutamanya guru-guru mata pelajaran yang mengajar di tingktan 5 tahun 2020 untuk meningkatkan prestasi calon SPM 2020. Dialog Prestasi ini di pengerusikan oleh Puan pengetua dan dihadiri oleh semua guru-guru SMK Pulau Gaya dan beberapa orang pegawai dari PPD, SISC+, SIP+ serta Puan Pegawai PPD Kota Kinabalu.
Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020. Seterusnya, tempoh PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa termasuklah Perintah Kawalan 2 Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup. KPM telah mengumumkan pembukaan semula sekolah pada 24 Jun 2020 bagi membabitkan pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara.
Taklimat Penataran garis panduan pembukaan sekolah oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah diadakan pada tarikh 12 Jun 2020, jam 9.00 pagi melalui medium Google Meet yang dihadiri oleh semua pentadbir dan beberapa orang guru SMK Pulau Gaya. Taklimat ini merupakan tindakan awal yang dilakukan oleh pihak PPD Kota Kinabalu dan semua Sekolah Menengah di daerah kota Kinabalu termasuk SMK Pulau Gaya membuat persediaan awal Penyediaan SOP buka sekolah. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah. Bermula 15 Jun 2020, guru-guru SMK Pulau Gaya telah datang semula ke sekolah untuk penyediaan SOP secara pembahagian tugas dan bergotong royong. Kehadiran guru ke sekolah pada waktu ini adalah mengikut jadual dan bergiliran iaitu hanya 30% kehadiran untuk melaksanakan persediaan pembukaan semula sekolah (rendah dan menengah). Pada 23 Jun, sehari sebelum pembukaan sekolah, Rombongan pegawai dari KPM, JPN Sabah dan PPD Kota Kinabalu telah melawat SMK Pulau Gaya untuk melihat persediaan akhir pihak sekolah dalam menyediakan keperluan untuk pematuhan SOP pembukaan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 5. Rombongan tersebut telah berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah menyediakan semua keperluan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi persekolahan. Sentiasa memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|