Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
27/04/2024, Sabtu. Sempena dengan sukan tahunan SMK Pulau Gaya kali ke 28, Acara merentas desa merupakan kalendar pertama yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum. Acara ini melibatkan semua peserta dengan 4 kategori iaitu Kategori Lelaki A dan B serta Perempuan A dan B. Ia juga melibatkan 4 buah rumah sukan iaitu Putra, Satria, Waja dan Wira.
0 Comments
23/04/2024, Selasa. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat SMK Pulau Gaya dianjurkan pada 23 April 2024 dengan meriah sekali. Semua kelas telah mengadakan rumah terbuka dengan hidangan dan juadah hari raya.Disamping itu pertandingan busana hari raya sedondon berpasangan juga diadakan,
20/04/2024, Sabtu. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 SMK Pulau Gaya telah diadakan untuk pembubaran AJK PIBG semasa dan pemilihan AJK PIBG yang baharu untuk tempoh 2 tahun 2024-2025 yang dirasmikan oleh Tuan Hj Mohammad Arif Tun Sakaran. Mesyuarat diadakan di Dataran Hj. Abd. Aziz dengan kehadiran lebih 300 ibu bapa dan guru. Pengerusi dan timbalan pengerusi serta AJK PIBG yang lepas telah diundi untuk dilantik semula dalma jawatan masing-masing.
Selepas tamat Mesyuarat Agung PIBG, Jamuan hari raya PIBG SMK Pulau Gaya diadakan dengan menyediakan pelbagai hidangan seperti Nasi Minyak, Kelupis, Bihun Soto, Tomyam, kuih tradisional dan bermacam hidangan lain. Penaja utama jamuna raya kali ini dalah oleh Tuan Hj Mohammad Arif Tun Sakaran. 05/04/2024, Jumaat. Penutupan Ihya Ramadan dan penyerahan sumbangan anak yatim peringkat SMK Pulau gaya. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dimulakan dengan Acara Khatam Quran yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Rakaman takbir Hari Raya serta ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Warga SMK Pulau Gaya. Pada acara ini juga Penyampaian Cederahati, Penyampaian Hadiah serta sumbangan kepada peserta Ihya Ramadan serta anak yatim.
11/03/2024, Isnin. Program Minggu Pertama Persekolahan di SMK Pulau Gaya akan diisi dengan aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah. Pendekatan itu akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum tersebut dikekalkan sepanjang tahun.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|