Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
30/8/2022, Selasa. Majlis Jasamu Dikenang "Setulus Budi Kenangan Abadi" sempena persaraan Cikgu Abdul Saleh Pada 30 Ogos 2022. Setelah lebih 30 tahun berkhidmat sebagai guru sejak tahun 1985, Cikgu Abdul Saleh telah memilih untuk bersara pilihan pada bulan ogos 2022. Kenangan mengajar selama 7 tahun lebih di SMK Pulau Gaya membawa banyak kenangan masnis buat beliau. Selamat BERSARA cikgu Abdul Saleh semoga sihat selalu dan berbahagia disamping keluarga.
0 Comments
30/8/2022, Selasa. Majlis Penyerahan Bantuan Bayaran Tusyen kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2023 telah laksanakan di Dataran Hj. Abdul Aziz SMK Puiau Gaya. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tn. Jeffery Nor bin Mohamed, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat. Semoga dengan pemberian Bantuan ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi pelajar SPM untuk menduduki peperiksaan nanti.
Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Pulau Gaya tahun 2022.23/8/2022 22/08/2022, Isnin. Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Pulau Gaya pada 22 Ogos 2022 telah disempurnakan oleh Puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya. Sambutan Bulan Kemerdekaan akan berlangsung Sepanjang bulan Ogos sehingga September dengan menawarkan pelbagai pertandingan yang boleh disertai oleh semua pelajar SMK Pulau Gaya.
22/08/2022, Isnin. Majlis Watikah Perlantikan Badan Khidmat Sekolah SMK Pulau Gaya tahun 2022 telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2022 di Dataran Hj. Abdul Aziz. Watikah perlantikan diberikan kepada semua murid untuk badan-badan khidmat sekolah seperti Pengawas sekolah, Ketua-ketua kelas, Pengawas Koperasi, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing rakan sebaya, Pengawas SPBT dan SLAD.
11/8/2022, Khamis. Lawatan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Sektor Pembelajaran (SPb), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) bertujuan Penilaian dan Verifikasi Permohonan SMK Pulau Gaya untuk menawarkan mata pelajaran Sains Komputer di tingkatan 4 pada tahun 2023. Taklimat dan verifikasi dilaksanakan di Makmal Komputer 2.
Rombongan JPN diketuai oleh En. Harris Sufian, Ketua Penolong Pengarah Kanan bersama 6 lagi pegawai dari JPN serta Puan Lily Sintunt pegawai unti SISC+ PPD Kota Kinabalu. Taklimat prosedur, keperluan dan syarat-syarat menawarkan mata pelajaran Sains Komputer telah disampaikan oleh En. Azmie Abdul Hamid, Pegawai Meja Sains Komputer di JPN Sabah. Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) disampaikan oleh En. Sabdani Bettang, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Pn. Naripah, Penyelaras PBD SMK Pulau Gaya. Taklimat lain juga di sampaikan oleh En. Rahim Mostem berkaitan dengan ID DELIMA pelajar dan guru disekolah. Sementara itu Hjh. Jumda Hj. Darwis melaksanakan Bimbingan Selia Bantu mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) yang fokus kepada pengurusan fail dan Pemantauan PDPc dalam kelas. 4/8/2022, Khamis. SMK Pulau Gaya telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) tahun 2022 dengan jayanya. Tujuan MAKP diadakan adalah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya yang mencapai keputusan cemerlang dalam Pepriksaan Dalaman dan peperiksaan SPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Sheila Fae Among (Ahli Lembaga Koperasi Pembangunan Ekonomi Dan Perumahan Putatan Berhad). Koleksi Gambar Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|