Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) bersambung lagi bermula 26 Julai sehingga 30 Ogos bagi semua sekolah kumpulan B termasuk negeri Sabah.
1 Comment
19/07/2021, Isnin. Program Permufakatan Ibu Bapa dan Guru-guru Tingkatan 5 merupakan program yang julung kalinya diadakan secara dalam talian menggunakan platform google meet. Program yang di selia oleh Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) SMK Pulau Gaya telah menjemput ibu bapa penjaga pelajar-pelajar tingkatan lima untuk berbincang berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pelajar. Pihak sekolah berharap ibu bapa penjaga sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar semasa PdPR berlangsung. Pada masa yang sama pihak sekolah juga berharap kumpulan ibu bapa yang hadir dapat membantu untuk mengesan beberapa orang pelajar tingkatan lima yang tidak aktif dalam PdPR. Di harap program ini dapat membantu pelajar sentiasa bersemangat untuk terus berlajar di rumah sebagai persediaan SPM yang akan datang. Bengkel Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) telah dilaksanakan melalui platform Google Meet kepada semua guru-guru SMK Pulau Gaya pada 9 Julai 2021. Sistem ini merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat perlaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 2 minggu iaitu dari 17 hingga 28 Mei 2021. Semua aktiviti PdP di laksanakan dari rumah. Semua guru dan pelajar SMK Pulau Gaya akan terlibat dan tidak ada kelas bersemuka di sekolah sepanjang tempoh PdPR ini.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, pihak sekolah telah memantau sesi pembelajaran pelajar-pelajar SMK Pulau Gaya. Di dapati ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menghadiri pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) secara maya (online). Ini disebabkan kekangan peralatan telifon mudah alih dan liputan capaian internet yang tidak stabil di sebahagian besar Pulau Gaya. Oleh yang demikian, pihak sekolah SMK Pulau Gaya telah mengambil inisiatif dengan menghantar sendiri Modul Pembelajaran kepada pelajar, wakil pelajar, wakil PIBG dan ketua kampung untuk penyerahan. Penyerahan ini ada diadakan di kawasan sekolah dan juga pihak sekolah menghantar sendiri ke kampung-kampung sekitar pulau gaya dengan menggunakan bot sekolah. Penghantaran modul ini membantu pelajar-pelajar untuk terus mengikuti PdPR supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran semasa negara masih diancam dengan pendemik COVID-19.
Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah untuk Semua Pelajar SMK Pulau Gaya, Kohot Tahun 2021.24/1/2021 Pembukaan sekolah disekolah diseluruh negara dan SMK Pulau Gaya bermula pada 20/01/2021. Walau demikian hanya pelajar tingkatan 5 tahun 2020 sahaja yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) disekolah. Bagi pelajar SMK Pulau Gaya, Kohot Tahun 2021 pula akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) masing-masing. Perlaksaan PdPR ini berkuatkuasa sehingga terdapat arahan terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) PdP untuk pelajar-pelajar di laksanakan secara bersemuka di sekolah.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|