Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
11/8/2022, Khamis. Lawatan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Sektor Pembelajaran (SPb), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) bertujuan Penilaian dan Verifikasi Permohonan SMK Pulau Gaya untuk menawarkan mata pelajaran Sains Komputer di tingkatan 4 pada tahun 2023. Taklimat dan verifikasi dilaksanakan di Makmal Komputer 2.
Rombongan JPN diketuai oleh En. Harris Sufian, Ketua Penolong Pengarah Kanan bersama 6 lagi pegawai dari JPN serta Puan Lily Sintunt pegawai unti SISC+ PPD Kota Kinabalu. Taklimat prosedur, keperluan dan syarat-syarat menawarkan mata pelajaran Sains Komputer telah disampaikan oleh En. Azmie Abdul Hamid, Pegawai Meja Sains Komputer di JPN Sabah. Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) disampaikan oleh En. Sabdani Bettang, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Pn. Naripah, Penyelaras PBD SMK Pulau Gaya. Taklimat lain juga di sampaikan oleh En. Rahim Mostem berkaitan dengan ID DELIMA pelajar dan guru disekolah. Sementara itu Hjh. Jumda Hj. Darwis melaksanakan Bimbingan Selia Bantu mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) yang fokus kepada pengurusan fail dan Pemantauan PDPc dalam kelas.
0 Comments
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|