Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
20/03/2022, Ahad. Mesyuarat Guru bil 2/2022 dan Mesyuarat Kurikulum bil 2/2022 SMK Pulau Gaya telah diadakan pada pada 20 Mac 2022 bermula pada jam 2.30. Mesyuarat dipengerusikan oleh puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya. Mesyuarat membincangkan persedian pengeoperasian buka sekolah dan PdPR selama 2 minggu. Pada masa yang sama juga, persediaan panitia-panitia mata pelajaran juga ditekankan untuk aktiviti-aktiviti panitia di sesi awal tahun. Puan pengetua juga mengumumkan kehadiran 2 orang guru baru iaitu Cik Norlaila Taharim dan En. Findy serta Cikgu Hirdawati pula akan berpindah keluar ke Selangor. Mesyuarat ditamatkan pada jam 4.30pm.
0 Comments
7 Januari 2022, Jumaat. SMK Pulau Gaya telah mengadakan Mesyuarat Guru dan Kurikulum Bilangan 1 untuk tahun 2022. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya secara dalam talian menggunakan platform Google Meet.
20/10/2021, Rabu. Taklimat Khas untuk semua guru SMK Pulau Gaya telah diadakan secara dalam talian menggunakan Google Meet. Taklimat dipengerusikan oleh Puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Fokus taklimat ialah menerangkan persediaan Pengeoperasian Pembukaan Sekolah pada 3 Nomember 2021. Setiap guru telah diberikan tugas-tugas tertentu dalam persediaan ini. Selain itu, taklimat berkaitan KPMPerkasaKU iaitu merujuk kepada Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum. Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bagi membantu murid untuk memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran mereka.
23 Ogos 2021, Isnin. Bicara PBD 'Share N Up' merupakan perkongsian merungkai Standard Kandungan (SK) dan Standard Pelajaran (SP) dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mengikut mata pelajaran. Perkongsian di terajui oleh Puan Sharifah Ag. Besar dan En. Al-Fadli Amil Bustan kedua duanya Pegawai SISC+ PPD Kota Kinabalu. Sementara itu, Cikgu Azlan bertindak sebagai moderator program. Program ini dijalankan menggunakan kaedah dalam talian pada platform Google Meet. Bengkel Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) telah dilaksanakan melalui platform Google Meet kepada semua guru-guru SMK Pulau Gaya pada 9 Julai 2021. Sistem ini merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat perlaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
9/6/2021, Rabu. Mesyuarat guru dan taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) SMK Pulau Gaya telah dilaksanakan serentak secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Mesyuarat dan taklimat dipengerusikan oleh puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Taklimat pula disampaikan oleh cikgu Azlan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pulau Gaya. Fokus taklimat berkaitan garis panduan perlaksanaan PBPPP dan penulisan keberhasilan.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|