Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
29/10/2021, Jumaat. Bengkel Verifikasi Data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Fasa 2 untuk semua tingkatan tahun 2021. PBD dilaksanakan pada setiap sesi PdPC / PdPR. Ia juga pentaksiran secara berterusan. Guru merancang pelaksanaan PdPC, kemudian guru melaksanakan penilaian dengan 4 kaedah penilaian iaitu pemerhatian, lisan, penulisan dan gabungan. Dalam bengkel ini, semua guru akan mengesahkan semua data PBD melalui panitia masing-masing.
0 Comments
21/10/2021, Khamis. Hari ini merupakan hari terakhir program Vaksinasi yang melibatkan pelajar SMK Pulau Gaya secara langsung untuk Dos ke 2 suntikan Vaksin Covid-19. Program ini jalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SK Pulau Gaya, di Pulau Gaya. Program ini sebenarnya sudah berlangsung awal iaitu:
1. Pemberian Vaksin Covid-19 Dos pertama pada 29 dan 30 Septermber 2021. 2. Pemberian Vaksin Covid-19 Dos kedua pada 20 dan 21 Oktober 2021. Terdapat juga, pelajar SMK Pulau Gaya yang mendapatkan suntikan vaksin di PPV lain seperti PPV Sabah International Convention Center (SICC) dan PPV Kompleks Dewan Kuliah Pusat 13 & 14, UMS. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja adalah program KKM menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat. 20/10/2021, Rabu. Taklimat Khas untuk semua guru SMK Pulau Gaya telah diadakan secara dalam talian menggunakan Google Meet. Taklimat dipengerusikan oleh Puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Fokus taklimat ialah menerangkan persediaan Pengeoperasian Pembukaan Sekolah pada 3 Nomember 2021. Setiap guru telah diberikan tugas-tugas tertentu dalam persediaan ini. Selain itu, taklimat berkaitan KPMPerkasaKU iaitu merujuk kepada Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum. Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bagi membantu murid untuk memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran mereka.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|