Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
22/01/2021, Jumaat. SMK Pualau Gaya talah melaksanakan Dialog Prestasi Bersama PPD Kota Kinabalu kali ke 3 untuk calon SPM tahun 2020. Dialog ini dilaksanakna mengunakan medium Google Meet pada tarikh 22/01/2021, hari Jumaat, jam 1.30 petang. Dialog ini menunjukkan komitmen pihak sekolah terutamanya guru-guru mata pelajaran yang mengajar di tingktan 5 tahun 2020 untuk meningkatkan prestasi calon SPM 2020. Dialog Prestasi ini di pengerusikan oleh Puan pengetua dan dihadiri oleh semua guru-guru SMK Pulau Gaya dan beberapa orang pegawai dari PPD, SISC+, SIP+ serta Puan Pegawai PPD Kota Kinabalu.
0 Comments
19/1/2020, selasa. Mesyuarat guru dan Mesyuarat Kurikulum kali pertama tahun 2021 telah diadakan secara maya dengan menggunakan medium Google Meet. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh puan pengetua, Puan Kinit dan dihadiri oleh semua guru-guru SMK Pulau Gaya iaitu seramai 51 orang semuanya. Pengetua mengingatkan kepada semua guru agar bersedia untuk memulakan PdP kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2020 di sekolah dan PdPR kepada pelajar-pelajar yang lain di rumah masing-masing bermula pada esok (20/1/2021).
Pematuhan SOP semasa PKP2.0 juga perlu dipatuhi sepanjang masa serta memastikan setiap pelajar juga mematuhinya sepanjang berada di sekolah. Guru-guru kelas terutamanya guru kelas Tingkatan 1 hendaklah mendapatkan nombor perhubungaan ibu bapa pelajar agar pelajar Tingkatan 1 juga dapat mengikuti PdPR dengan segera. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 12.25 tengah hari. 30/10/2020. Dialog Prestasi SMK Pulau Gaya bersama PPD Kota Kinabalu secara Maya telah dilaksanakan menggunakan medium Google Meet. Dialog ini membincangkan persediaan serta strategi yang diambil oleh pihak sekolah melalui Panitia serta guru-guru mata pelajaran SPM tahun 2020. Dialog yang dipengerusikan oleh Puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya telah dihadiri oleh guru-guru SMK Pulau Gaya serta Pegawai-pegawai dari PPD Kota Kinabalu bersama Puan Tah Nia Bte Hj. Jaman Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Dialog yang bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang telah membincangkan banyak perkara berkaitan perlaksanaan dan strategi yang di gunakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam membantu pelajar menguasai mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan sedia ada pelajar. Setiap panitia juga mempunyai strategi yang berbeza dalam merancang dan melaksanakan intervensi kepada pelajar mereka. Komen dan cadangan daripada pasukan PPD, SIP+ dan SISC+ merancakkan lagi perbincangan yang penuh dengan suasana keterbukaan dan semangat kerjasama antara dua entiti pendidikan yang saling berkait. Semoga semua dapatan dari perbincangan tersebut menjadi pemangkin kepada guru-guru yang mengajar di tingkatan lima khasnya dan semua guru-guru SMK Pulau Gaya amnya mempertingkatkan lagi usaha untuk melonjakkan kuantiti dan kualiti keputusan akademik pelajar-pelajar SPM SMK Pulau Gaya pada tahun ini. Pada 6 Mei 2020, Jam 2.00 petang Mesyuarat Guru SMK Pulau Gaya secara Maya dengan media Google Meet telah berlangsung. Mesyuarat secara maya digunakan kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negara akibat wabak Covid19 yang melanda negara dan dunia. Mesyuarat secara maya yang pertama melibatkan semua Guru-guru SMK Pulau Gaya telah di pengerusikan oleh puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya.
|
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|