Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020. Seterusnya, tempoh PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa termasuklah Perintah Kawalan 2 Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup. KPM telah mengumumkan pembukaan semula sekolah pada 24 Jun 2020 bagi membabitkan pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara.
Taklimat Penataran garis panduan pembukaan sekolah oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah diadakan pada tarikh 12 Jun 2020, jam 9.00 pagi melalui medium Google Meet yang dihadiri oleh semua pentadbir dan beberapa orang guru SMK Pulau Gaya. Taklimat ini merupakan tindakan awal yang dilakukan oleh pihak PPD Kota Kinabalu dan semua Sekolah Menengah di daerah kota Kinabalu termasuk SMK Pulau Gaya membuat persediaan awal Penyediaan SOP buka sekolah. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah. Bermula 15 Jun 2020, guru-guru SMK Pulau Gaya telah datang semula ke sekolah untuk penyediaan SOP secara pembahagian tugas dan bergotong royong. Kehadiran guru ke sekolah pada waktu ini adalah mengikut jadual dan bergiliran iaitu hanya 30% kehadiran untuk melaksanakan persediaan pembukaan semula sekolah (rendah dan menengah). Pada 23 Jun, sehari sebelum pembukaan sekolah, Rombongan pegawai dari KPM, JPN Sabah dan PPD Kota Kinabalu telah melawat SMK Pulau Gaya untuk melihat persediaan akhir pihak sekolah dalam menyediakan keperluan untuk pematuhan SOP pembukaan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 5. Rombongan tersebut telah berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah menyediakan semua keperluan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi persekolahan. Sentiasa memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah.
0 Comments
Leave a Reply. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|