Aktiviti/Program terkini di SMK Pulau Gaya:
|
Statistik SMK Pulau Gaya:
|
TEROPONG SEMASA:
KPM JPN Sabah PPD Kota Kinabalu DELIMA KPM Buku Teks Digital Microsoft Office 365 MKN KKM Kerajaan Negeri Sabah Dashboard SMK Pulau Gaya Koperasi SMK Pulau Gaya |
10/6/2021, Khamis. Tahniah kepada semua pelajar SMK Pulau Gaya yang memperolehi keputusan SPM 2020 pada hari. Ucapkan Alhamdulillah dengan rezeki Allah S.W. pada kamu. Ucapkan terima kasih pada ibu bapa dan guru-guru yang membimbing anda selama ini. Kepada yang kurang berjaya masih banyak peluang masa depan untuk kamu. Carilah bidang yang sesuai dengan jiwa kamu. Kuncinya hanya satu iaitu berusaha bersungguh-sungguh. Kejayaan pasti akan datang juga. Tahniah dan selamat maju jaya. 11/6/2021, Jumaat. Kemaskini...
Pesanan Puan Kinit, Pengetua SMK Pulau Gaya. Kepada semua guru² SMKPG: Kita telah sama² menyaksikan keputusan SPM 2020 kelmarin. Perasaan gembira dan sedikit kecewa dgn pencapaian peljar² kita. Walaupun gps sedikit menurun -0.02, tapi kita bangga kerana program besar kita iaitu program keep in touch (KIT) telah berjaya mencapai objektif seperti yg ditetapkan. Pencapaian pelajar terbaik juga lebih baik drp tahun 2019. Subjek elektif PSV yg diambil oleh 121 calon daripada kelas hujung telah berjaya meningkatkan gpmp sebanyak +0.75 menjadikan gpmp PSV tertinggi 3.08 drp semua subjek SPM 2020 di SMKPG. Namun apa pun yg kita capai adalh atas komitmen yg baik drp semua guru. Guru² telah berusaha memberi motivasi, bimbingan secara bersemuka & online. Lebih dari itu juga guru² memberi relod dan lain2 kos kpd pelajar. Ada yg adakan perjumpaan waktu cuti sekolh, hujung minggu tanpa mengira lewat pulang dan cuaca yg tidak menentu. Ramai peljar kita yg mendapat keputusan yg baik. Peljr terbaik mendapat: 7A..(2org), 6A..(2 org) & seterusnya... Cabaran pendamik tidak melemahkan semangat peljar² kerana guru² sentiasa bersama2 dgn mereka. Terima kasih tak terhingga kepada semua guru atas kejayaan SPM 2020 yang membanggakan. Semoga tahun ini kita lebih komited dgn pendekatan yg lebih kreatif dan terus bersemangat demi meneruskan kejayaan anak didik SMKPG. SMKPG ...... terus cemerlang. Sekian. Pengetua.
0 Comments
Leave a Reply. |
Visitor
SMKPGSMK Pulau Gaya. Garden Above The Sea & A Resort Concept School. ARKIB
April 2024
KATEGORI
All
Laman web ini dibangunkan dan ditadbir oleh :
Unit ICT SMK Pulau Gaya. PENAFIAN: SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Hit Counter
|